Jumat, 08 Februari 2008

PUAKA

BAB 1
Pak Tua Di Lubuk Mandi
Hari ini hari terakhir kelas ilmu persilatannya dengan Pak Tua. Wajah tua Pak Tua direnung lembut. Jauh di sudut hatinya dia tidak mahu merasai perpisahan itu.Sudah lama berguru,terasa payah untuk menelan perpisahan. Ilmu Pak Tua yang diturunkan kepadanya bagai memberi suatu petanda.Hatinya bergalau sendiri.Entah mengapa dia yang dipilih untuk menerima kesemua ilmu Pak Tua malam itu.
"Nordin...Pak Tua sudah menemui orang yang layak untuk menerima ilmu PakTua!" Seru PakTua dalam nada tersusun.Matanya tajam merenung ke dalam anak mata Nordin yang masih kebingungan.
"Nordin...Kaulah satu-satunya pewaris ilmu Pak Tua.Terimalah ia dengan hati yang ikhlas. Segalanya telah disusun oleh Allah Azzawajalla. Bukan semua manusia terpilih untuk menerima ujian yang maha hebat...hanya hamba yang dicintai olehNya sahaja akan diuji."Syarah Pak Tua bagai memberi pesan dan amanat terakhirnya.
Seolah tercium sesuatu dari kata-kata nasihat Pak Tua malam itu. Isinya terkandung makna tersirat yang dalam. Nordin makin diburu kacau di segenap jiwa jantannya. Berteka-teki sendiri dari kata-kata Pak Tua yang dalam menikam.
Seketika Pak Tua berpusing meninggalkan kelompok Nordin dan penuntut yang lain. Seketika juga terdengar Pak Tua melaungkan azan di serambi surau lama di sudut rumahnya.Malam masih gelap tiada cahaya bulan mahupun lampu yang menerangi. Laungan azan Pak Tua sayup-sayup di pendengaran. Terasa seram sejuk tatkala gema suara azan melantun di ruang udara yang gelap hitam malam itu. Segalanya seolah bersatu bersama bayu malam yang datang berdesir.
Setelah selesai laungan azan oleh Pak Tua. Dia kembali ke bawah menemui kesemua anak penuntutnya.Matanya merenung satu persatu wajah mereka. Dia tersenyum bangga.
"Alhamdulillah...kamu telah tamat menuntut ilmu persilatan dari Pak Tua. Gunakanlah ia sebaik mungkin.Jangan kamu berlagak sombong dengan manusia.Jangan kamu menduga-duga kehebatan orang lain dengan kamu. Kamu harus menggunakan ia ketika perlu sahaja.Pak Tua hanya mampu menasihati kamu semua.Hakikatnya kamu sendiri yang perlu menguasai diri kamu.Seperti yang Pak Tua ajarkan perkara pertama yang harus kita lawan adalah nafsu yang terbit dari dalam diri kita sendiri.Ada beberapa peringkat nafsu yang harus kita perang!" Bicara Pak Tua nyaring sambil memandang bulat ke dalam anak mata setiap anak muridnya malam itu.
Pak Tua akan bekalkan kamu semua dengan selendang merah tanda tamat pengajian kamu dengan Pak Tua. Masing-masing masih bertimpuh kemas di atas rumput.

Tidak ada komentar: